Dari Belakang Camera

By: Ed Sh

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  1  2  3  4  5  [6]  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]
Tuesday, 12-Feb-2008 00:00 Email | Share | | Bookmark
Bila Terasa Rindu by Dafi

Lagu nyanyian Dafi ni tetiba jadi kegemaran sy pulak. Mungkin sebab liriknya memang kene dgn travel kali ni, especially part Jauh sekali hidup di sini berbeza, Beribu kali lagi ku selesa di sana, Tak sabar menantikan detik kepulangan, Namun hingga itu, Apa yang termampu...Seperti yg dicatat dlm entry yg lepas, due to other commitments and constraints my other half tak ikut travel...so God knows how sorely I miss dia....
Ini ialah Union Station, stesen keretapi Washington DC, stesen ni dah 100 thn lebih umur dia. Stesen ni memang besar, dan kat dalam dia memang cantik...dengan ukiran, patung-patung klasik..


Terlintas di fikiran untuk meminggirkan saja, Semua pencarian di sini, Tetapi ini sebahagian dari pengorbanan, Bekalan andainya hari sukar mencabar...memang kekadang ada masa rasa nak balik je...
Washington DC ni memang banyak memorial...yang ini Jefferson Memorial...peringatan utk Presiden Jefferson. Memorial ni dibina dgn style rumah Jefferson, Monticello.


Lagu Dafi ni start dgn Apa agaknya khabarmu di sana? Di sini ku sedang dibelenggu rindu, Beginikah rasa seksa perpisahan, Sungguh anehnya hidup berasingan...thank god...there's Skype...so bolehla nak call dan sms selalu, tapi disebabkan perbezaan waktu...13 jam, hanya sms awal pagi dan lewat petang...
Yang ini pulak ialah Lincoln Memorial, dlm memorial ni ada tugu besar Lincoln dan ucapan dia yang famous tu terpahat didinding memorial ni...maybe next entry sy akan upload gambar tugu tu...


Hati terasa bagai tertinggal di situ, Meskipun tubuh dah jauh beribu batu, Sesaat seperti tahun lamanya, Semasa kau tiada, Apa yang terdaya...
Yang ini acara wajib bila ke Washington DC, inilah White House....


Ini ialah United States Supreme Court...


Yang ini biasa didengar...Library of Congress...memang cantik bangunan ni...


Yang ini ialah Ten Dollars Picture...hahaha sebab excited sgt nak ambik gambar ari malam, kene balik ke hotel naik teksi, tambangnya $10...boleh naik Metro tapi tak digalakkan atas sebab-sebab keselamatan...ingatkan ari malam ramai org depan Capitol Building ni, rupanya sunyi sepi, ada la 2..3 orang..to my other half...Happy Birthday.. [/color]




Friday, 8-Feb-2008 00:00 Email | Share | | Bookmark
Ke Washington DC.

Sy sampai di Washington DC, 6hb lepas kul 2.30pm. Memang meletihkan perjalanan dari Boston ke DC ni, nasib baik jugakla sy bawak bekal roti untuk mkn dlm train. Dlm Amtrak memang ada jual makanan tapi susah nak dapatkan yg halal. Perjalanan ke DC ni cuma untuk meronda-ronda selama 4 hari...melihat pemandangan dan berkunjung ke ibu negara US ni....


Oleh kerana sy amat meminati senibina bangunan, jadi fotopages ni bykla gambar bangunan dan pemandangan. Dua gambar berikut ialah US National Archives, memang grand bangunan ni. Dlm bangunan ni ada deklarasi kemerdekaan US yg original, perlembagaan dan sebagainya. Oleh kerana masa suntuk, sy takla buat research kat archive ni...walaupun keinginan tu tetap ada.



Washington DC ni banyak tugu peringatan, ini adalah salah satu daripada tugu tersebut.


Smithsonian Castle, memang menjadi impian sejak dulu lagi nak melawat Smithsonian Castle & Museums ni. Castle ni adalah information centre untuk Smithsonian Institute, yang bestnya semua Muzium Smithsonian ni adalah percuma.


Ni adalah Bangunan Donald W. Reynolds Center for American Art and Portraiture...sy tak masuk ke Muzium ni...sebab contemporary art ni kureng minat sket...


Bangunan berkubah rendah ni ialah National Museum of Natural History....memang ramai org berkunjung kesini. Dalam muzium ni dipamerkan Berlian terbesar dalam dunia...yg diberi nama Hope Diamond. Hope diamond ni seberat 45.52 karat...warna biru, memang besar dan cantik...memang cantik...try la search kat wikipedia kalau nak tau lebih lanjut pasal diamond ni.



Wednesday, 6-Feb-2008 00:00 Email | Share | | Bookmark
Gambar yang Tertinggal

Perjalanan dan kerja di Boston dah selesai. Hari ni 6 Feb, sy naik Amtrak Train lagi dari Boston ke Washington DC. Perjalanan mengambil masa 7 jam. Bertolak dr Boston kul 6.10pg. Memang agak letih, walaupun train tu amat selesa. Gambar yang diupload ni adalah gambar yg tertinggal dan dirakamkan disekitar Harvard jugak....


Sorry kalau ada yg terasa offended dgn gambar gereja. Sy ambil gambar tanpa mengira samada bangunan itu keagamaan atau tanah perkuburan, tak juga mengira agama, kerana sy berpendapat itu adalah budaya masyarakat tempat yg sy lawati. Ini adalah Church of the New Jurusalem.


Ini adalah tugu peringatan perjuangan Revolusi tahun 1775 - 1783.


Bangunan Harry Widener Library...dari sebelah tepi..


2 gambar last ni juga di Harvard...Sepanjang berada di Boston dan Camridge, sy telah merakamkan 523 keping gambar pemandangan...dan di JFK Library...1490 keping gambar dokumen untuk dianalisa...





Tuesday, 5-Feb-2008 00:00 Email | Share | | Bookmark
Menara Gading - Harvard

 
Peabody Museum
Semitic Museum
View all 15 photos...
Entry kali ni masih lagi di Harvard. Harvard ni terletak di bandar Cambridge. Cambridge dgn Boston ni cam KL dgn PJ la, tapi lagi dekat la. Saya memang tertarik dgn bangunan kat Cambridge ni, banyak bangunan yang klasik.
Ini adalah bangunan yg sama dgn gambar ke 5 entry yang lepas cuma sudut yg berbeza aje.


Harvard ni memang banyak menara, ini menara yg terletak di sebalah Mather House...sy selalu tunggu free shuttle bus dekat menara ni.


Ini pula menara di Lowell House. Menara di area Harvard ni pelbagai warna, biru, merah, dan hijau...memang cantik.


Bangunan Department of Chemistry and Chemical Biology ni antara yang paling grand...dekat je dengan Science Centre.


Ini adalah pemandangan di Mt Auburn St.


Mt Auburn St jugak...kedai dia memang unik....


Yang ni tak pasti namanya...sebab ambik dari jauh.



Monday, 4-Feb-2008 12:00 Email | Share | | Bookmark
Harvard University - Ve Ri Tas

Gate di Mass Ave
 
 
View all 12 photos...
Setelah balik dari Kansas, barulah sy tour Harvard Uni. Harvard ni memang penuh dgn bangunan lama yang grand, besar dan cantik.
Ini adalah Harvard Hall, bangunan pertama di sebelah kiri apabila sy masuk dari gate di Massachusetts Avenue.


Ini pulak Harry Widener Library.


Memorial Church ni bertentangan dengan Widener Library.


Sy menjelajah lima buah museum, memang penat, tapi ada 2-3 museum tu tak la besar sangat, bermula dgn Arthur M. Sackler Museum yg menempatkan artifak dunia Islam, kemudian masuk pulak Fogg Museum of Art. Gambar ni di courtyard dalam Fogg Museum.


Bangunan ini diantara beberapa yg unik di area Harvard Uni.


Ini adalah pintu utama Harvard Museum of Natural History, dari sini saya juga masuk ke Peabody Museum.



[<<  <  1  2  3  4  5  [6]  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net